MOHAMED SALAH mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila dia menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.

Salah, yang berselisih faham dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ketika seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu, kembali ke tahap terbaik ketika The Reds menemui semula rentak kemenangan semalam.

Dia membuka jaringan pada minit ke-16 di Anfield, di mana Liverpool mendahului 4-0 sebelum Spurs bangkit mengejar mendapatkan dua jaringan.

Harvey Elliott menyumbat gol keempat Liverpool, setelah menerima hantaran daripada Salah.
Salah adalah pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang menjaringkan lebih 10 gol dan memberikan 10 assist dalam tiga musim berturut-turut.

Sementara itu, dia juga merupakan pemain kedua yang mencatatkan lebih 10 gol dan bantuan bagi lima musim berasingan dalam pertandingan secara keseluruhan, selepas Wayne Rooney.

"Mo Salah beraksi cukup cemerlang," kata Klopp kepada Sky Sports.

Gol awal Salah juga menyaksikan dia kini menyamai rekod Harry Kane sebagai penjaring terbanyak dalam perlawanan Liga Perdana antara Liverpool dan Spurs, dengan sembilan gol.

Dia juga mensia-siakan peluang besar untuk menjadikan kedudukan 5-2, sebelum melihat gol dibatalkan kerana ofsaid dalam masa kecederaan.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro